Thursday, April 9, 2009

KETIKA DAN KALIMAT

Ketika saya membuat penulisan ini, saya merupakan pelajar semester enam jurusan Bacelor Komunikasi major dalam bidang penyiaran. Pada semester ini, saya berpeluang untuk mengambil subjek elektif luar jabatan iaitu Bahasa dalam Multimedia ( BBM 3410) yang diajar oleh Dr. Normaliza Abd Rahim. Kursus ini memberi penekanan kepada pembacaan berbantukan komputer; komputer sebagai alat bantu menulis; penggunaan IT untuk pembangunan kecekapan berkomunikasi; penggunaan multimedia untuk pembangunan bahasa dan seterusnya pemelajaran bestari dan maya melalui lebuhraya maklumat.



Sepanjang mengambil kursus ini, saya merasakan inilah kali pertama saya diberi pendedahan yang berterusan mengenai kepenggunaan system teknologi media dalam pembelajaran. Kursus ini tidak hanya berasaskan kepada teori semata-mata tetapi lebih banyak kepada latihan amali dan praktikal. Pendekatan ini adalah satu teknik pembelajaran yang berkesan dalam menilai kebolehan dan kemahiran seseorang pelajar.



Setiap kali sesi pembelajaran akan disertakan dengan aktiviti-aktiviti yang tidak membosankan sekaligus mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria memandangkan waktu kuliah untuk kursus ini adalah pada jam 12 tengahari sehingga jam 2 petang. Pada waktu sedemikian sekiranya diadakan kuliah seperti kebiasaan iaitu masuk kelas dan mendengar apa yang dicakap oleh pensyarah berkenaan sesuatu topik dan pensyarah hanya menayangkan beberapa slide persembahan, sudah pasti kebanyakan pelajar hanya akan memandang pensyarah di hadapan dengan pandangan yang kosong, manakala fikiran akan melayang entah ke mana dan mungkin ada di kalangan pelajar yang akan tidur kerana aktiviti kuliah adalah semata-mata mendengar sahaja. Itupun ketika waktu matahari sedang rancak memberi kehangatan kepada bumi !!



Sudah pastilah kehangatan itu akan meresap ke tubuh dan minda pelajar dan menghantar input dan mesej ke minda pelajar supaya membayangkan akan keempukan tilam dan bantal yang berada di asrama atau di rumah masing-masing. Input sebeginilah yang akan melahirkan output seperti kelopak mata yang layu, separuh terbuka, terbuka tetapi seakan buta, bersandar pada kerusi dengan kaki yang dilunjurkan, menguap berulang kali dan kurang juga yang turut sama menunjukkan bakat sebagai pensyarah di belakang dan pelukis yang melakar coretan-coretan yang kadang-kadang tiada huraian mengenai lukisan tersebut.


Tidak seperti kuliah untuk kursus Bahasa dalam Multimedia yang mana saya merasakan pendekatan teknik pembelajaran yang digunakan oleh Dr. Normaliza ini merangsang daya pemikiran pelajar-pelajar untuk sentiasa berada di dalam keadaan bersedia dengan aktiviti pembelajaran yang akan disampaikan. Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan yang terdiri daripada enam ahli. Setiap kumpulan akan mempunyai nama kumpulan masing-masing yang akan digunakan dari awal semester sehinggalah pada penghujung semester. Setiap kali aktiviti kelas, pelajar haruslah bekerja di dalam kumpulan masing-masing dan memperlihatkan kehebatan kumpulan masing-masing.



Ahli kumpulan saya pula terdiri daripada lima orang ahli sahaja memandangkan kami adalah pelajar kumpulan minoriti daripada Bacelor Komunikasi Penyiaran. Bersesuaian dengan itulah, kami telah menamakan kumpulan kami sebagai Broadcaster. Ahli kumpulan saya terdiri daripada Amiro Faizal yang bertindak sebagai ketua kumpulan, Nor Hafis, Wan Mohd Shuqrie dan Ida Royainee. Saya mendapati kesepakatan kami bekerja dan bergerak melakukan aktiviti di dalam kumpulan adalah sangat tinggi yang mana kami sangat mementingkan keseimbangan pencapaian setiap ahli.



Pada kuliah minggu pertama, pelajar diminta untuk membawa mounting board hitam yang bersaiz A4, majalah terpakai, gunting, gam, stapler dan penebuk lubang. Saya tertanya-tanya apakah aktiviti yang akan dilakukan kerana secara jujurnya saya mengaku yang saya adalah pelajar yang paling tidak suka dengan ativiti yang bermain dengan gunting dan kertas dan melibatkan kerja-kerja menampal kerana bagi saya kerja-kerja sedemikian adalah sangat melecehkan.


Saya lebih gemarkan kepada penulisan dan idea dan kemudiannya pergerakan jalan cerita kepada idea penulisan tersebut. Dalam erti kata mudah, saya cenderung kepada penulisan skrip dan pada awal semester saya tidak merancang untuk mengambil kursus ini kerana berminat untuk mengambil kursus Drama Melayu. Disebabkan masalah yang dihadapi ketika sesi pendaftaran kursus dan kesuntukan masa untuk berbuat demikian yang memerlukan saya mendapatkan tandatangan pensyarah kursus tersebut iaitu Dr.Arbaei Sujud yang pada ketika itu sangat susah untuk ditemui. Ketika itu, saya menemui Dr.Normaliza untuk mendapatkan kebenaran bagi saya mendaftar kursus Seni Lakon dan beliau mencadangkan untuk saya mengambil kursus Bahasa dalam Multimedia.


Berbalik kepada aktiviti kumpulan tadi, rupanya kami diminta untuk mencari iklan-iklan di dalam majalah-majalah terpakai untuk ditampal di atas mounting board mengikut lima kategori asas grafik iaitu kesesuaian, keseimbangan, mudah, warna dan teks. Selepas menampal gambar majalah mengikut kelima-lima kategori, kami seterusnya menebuk lubang pada mounting board untuk memasukkan riben bagi menampakkan kelima-lima board tadi saling bergantungan antara satu sama lain.


Pada kuliah minggu kedua, setiap kumpulan diberi tugasan menyiapkan artikel sebanyak lapan halaman secara bertaip yang mana pada masa tersebut pensyarah telah mengingatkan kepada pelajar untuk membawa laptop bagi memudahkan kumpulan melakukan kerja. Pada ketika itu, kumpulan saya mendapat tajuk “ Kamera Digital dan Pembentukan Minda Kreatif Kanak-Kanak” .


Seperti mana yang diketahui umum, kanak-kanak akan cenderung untuk mudah mengalih tumpuan kepada benda-benda yang mampu menarik perhatian mereka, misalnya gambar-gambar yang mempunyai warna-warna yang terang dan berwarna warni.. Warna oren misalnya, dikatakan dapat merangsang kanak-kanak dengan lebih aktif,, merah membuatkan mereka lebih agresif. Selain daripada itu kombinasi corak-corak yang menarik yang terdapat di dalam sesebuah gambar juga dapat membantu merangsang pemikiran kanak-kanak itu sendiri.


Aktiviti menjana idea di dalam kumpulan untuk memikirkan tentang aplikasi kamera digital di dalam pembentukan minda kreatif kanak-kanak secara tidak langsung membuatkan setiap ahli di dalam kumpulan akan berfikiran jauh dan menggunakan otak sepenuhnya untuk berfikir daripada melayang entah ke mana seperti di dalam kuliah-kuliah lain. Semangat kumpulan juga amat dipentingkan yang mana setiap kumpulan akan cuba sedaya upaya untuk membuat yang terbaik.



Pada kuliah minggu ketiga pula, Dr. Normaliza meminta ahli atau wakil daripada setiap kumpulan membawa kamera. Pada ketika itu saya tertanya-tanya adakah aktiviti seterusnya kami akan membentangkan artikel yang sebelumnya dan menunjukkan fungsi kamera di hadapan rakan-rakan yang lain sewaktu sesi pembentangan? Atau berkemungkinan juga adakah kami diminta untuk mengambil gambar-gambar yang dikatakan dapat membantu untuk merangsang pembentukan minda kreatif kanak-kanak? Persoalan inilah yang bermain di benak fikiran saya ketika itu.


Sangkaan saya ternyata benar-benar meleset apabila pada minggu ketiga, setiap kumpulan diminta untuk keluar daripada bilik kuliah dan mencari tempat-tempat yang tidak jauh daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Kami diminta untuk bergambar bersama ahli kumpulan masing-masing tetapi dengan gaya yang kreatif yang mana setiap gambar yang diambil haruslah mempunyai penerangan maksud yang tersendiri seperti Simpulan Bahasa atau Peribahasa Melayu.


Disebabkan kumpulan kami adalah daripada major penyiaran dan kurang kefahaman mengenai bahasa, kami mengambil gambar mengikut apa yang terlintas seperti berfikir di luar kotak pemikiran dan yang selebihnya adalah seperti kempen-kempen kesedaran dan budi bahasa seperti jangan merokok di tempat awam, harta awam adalah hak milik bersama, kunci rumah sebelum keluar dan beberapa buah kempen lagi. Kesemua kempen-kempen itu kami persembahkan di dalam bentuk lakonan semula.



Selepas aktiviti bergambar, setiap kumpulan diminta untuk memasukkan gambar-gambar tersebut di dalam bentuk tayangan slaid persembahan multimedia mengikut kreativiti kumpulan. Selain itu, kami haruslah memasukkan latar belakang muzik supaya persembahan multimedia tersebut tidak nampak membosankan dan mengandungi sedikit elemen hiburan untuk santapan telinga.


Pada minggu keempat setiap kumpulan mempersembahkan tayangan slaid di hadapan kelas mengikut kreativiti kumpulan masing-masing. Kumpulan saya adalah kumpulan yang terakhir membuat pembentangan tersebut dan saya mendapati slaid tayangan persembahan multimedia yang dibuat oleh kumpulan kami adalah berbeza daripada kumpulan-kumpulan lain yang kebanyakannya membuat simpulan bahasa dan peribahasa Melayu.


Seterusnya pada minggu berikutnya kami mendapat tugasan untuk mencari mana-mana rumah anak yatim atau pusat amal kebajikan yang menempatkan anak-anak yatim untuk kami ke sana dan menjalankan aktiviti amal bersama anak-anak yatim. Dalam masa yang sama pada minggu tersebut, Dr. Normaliza meminta setiap kumpulan untuk membawa kertas lukisan bersaiz A3 dan pensel warna dan stapler.
Tugasan pada minggu tersebut adalah kami diminta untuk membuat e-majalah. Tetapi sebelum itu kami haruslah merangka perjalanan cerita atau lebih dikenali sebagai storyboard untuk membuat sesebuah majalah. Tetapi sebelum kami membuat majalah tersebut, kami diminta untuk memilih nama majalah yang mana nama tersebut haruslah nama yang masih belum terdapat di pasaran. Setelah membuat perbincangan sesame ahli kumpulan, kami sepakat memilih nama Gajet . Majalah Gajet lebih mengutamakan kecanggihan sistem teknologi maklumat yang terdapat di pasaran sekarang.



Setiap ahli dalam kumpulan akan diberi tugasan mengikut kolum dan ruangan yang terdapat dalam majalah. Majalah tersebut dibahagikan kepada 20 halaman yang termasuk muka hadapan. Antara ruangan lain adalah seperti halaman editorial, selebriti dan gajet, jawatan kosong, iklan mengenai gajet-gajet terkini yang terdapat di pasaran dan sebagainya. Setelah selesai storyboard, kami melakar ruangan mengikut kreativiti masing-masing. Seterusnya proses mewarna dan menyusun mengikut halaman.



Minggu yang berikutnya, kelas Dr.Normaliza diganti oleh Dr.Arbaei Sujud dan pada minggu itu juga saya tidak dapat hadir kuliah kerana pada masa itu, saya meninjau lokasi untuk persembahan teater bagi kelas Seni Lakon yang akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2). Apa yang saya dapat tahu daripada kawan-kawan saya pada minggu itu, Dr.Arbaei meminta pelajar-pelajar untuk membuat storyboard bagi menghasilkan buku cerita kanak-kanak.


Pada minggu yang ketujuh pula, sekali lagi Dr.Normaliza mengadakan aktiviti yang menarik iaitu penghasilan billboard mengikut tahun. Kumpulan kami memilih produk iaitu kasut yang dinamakan RITE. Kami membuat billboard untuk dipamerkan lima tahun berturut-turut.


Pada 7.Mac.2009 iaitu pada hari Sabtu, tepat jam 7 pagi kami berkumpul di Latar Siswa untuk bertolak ke Rumah Amal Limpahan Kasih yang terletak di Puchong. Kumpulan kami pada masa itu bergabung dengan Kumpulan Lestari. Dengan menaiki empat buah kereta kami bertolak dan konvoi secara berturutan.


Setibanya di rumah anak yatim, kami mendapat tahu yang jumlah pada sebelum ini seramai 50 orang telah dikurangkan kepada 30 orang. Asrama untuk anak yatim lelaki dan anak yatim perempuan terletak berjauhan. Memandangkan rumah tersebut adalah seperti rumah dua tingkat, ruangan untuk kami melakukan aktiviti seperti riadah dan sukaneka adalah terhad. Kami meminta kebenaran penjaga untuk membawa anak-anak yang lingkunagn usia antara tujuh sehingga sembilan belas tahun ke padang permainan yang terletak berhampiran.



Kami membahagikan mereka kepada empat buah kumpulan. Sebuah kumpulan lelaki dan yang selebihnya dalah kumpulan perempuan memandangkan mereka tidak dibenarkan untuk bercampur dan berada di dalam satu kumpulan. Kami yang seramai sebelas orang memilih kumpulan untuk dibimbing. Setiap kumpulan diminta untuk memberi nama kumpulan masing-masing dan mencipta tagline kumpulan masing-masing.


Antara aktiviti sukaneka yang dilakukan adalah seperti mengisi air di dalam botol, mencari gula-gula di dalam tepung, meniup belon sehingga pecah. Selesai aktiviti, kami pergi makan di restoran berhampiran dan membiarkan anak-anak yatim tersebut makan makanan yang disediakan oleh penjaga mereka. sekembalinya daripada makan dan solat kami meneruskan dengan aktiviti seperti Latihan Dalam Kumpulan yang mana setiap kumpulan akan diberi kertas mahjung untuk melakar logo kumpulan masing-masing.


Aktiviti yang terakhir adalah merai hari jadi anak-anak yang di lahirkan pada bulan Mac. Kami menyediakan sebiji kek edan juga makanan Mc.D set untuk setiap seorang. Melihat mereka, kami berasa terharu kerana pada usia sedemikian mereka telah kehilangan kasih sayang daripada ibu ataupun bapa. Dan saya berasa bersyukur kerana kedua-dua orang tua saya masih boleh bersama saya sehingga sekarang.


Penutup aktiviti, kami memberi hamper kemenangan kepada setiap kumpulan selain cenderahati seperti majalah dan alatulis sebagai tanda kenangan kepada mereka. kami juga memberi sumbangan berbentuk wang tunai dan juga akaun cek bernilai RM1000 yang kami perolehi daripada penajaan keluarga dan rakan-rakan untuk didermakan kepada rumah amal ini.


Sebelum berangkat pulang, mereka membuat permintaan untuk mempersembahkan nasyid kepada kami sebagai tanda penghargaan mereka kepada kami. Kami juga bersalam-salaman dan berpelukan sesama mereka. seharian bersama mereka ini akan kami kenang sampai bila-bila. Jam 5 petang kami bertolak pulang ke UPM.
Pada minggu yang berikutnya, kami sibuk dengan editing dan pemindahan gambar yang dirakam ke dalam bentuk persembahan multimedia untuk dibentangkan di hadapan kelas.

Selain daripada aktiviti di dalam kelas, kursus ini juga mempunyai kelas tutorial yang dibimbing oleh Cik Alia, iaitu anak kepada Dr.Normaliza sendiri. Saya adalah di bawah kumpulan tutorial 3 yang diadakan di Makmal Siber 1 pada hari Khamis, jam 8 sehingga 10 malam. Kelas tutorial juga mengandungi tugasan-tugasan individu yang amat mencabar dan menguji minda juga.


Tugasan individu yang pertama adalah saya harus mencari satu topic yang menarik untuk dibuat dalam bentuk persembahan multimedia selama tiga minit. Saya membuat tajuk. “ Etika Berpakaian : Mendisiplinkan atau Membosankan?”. Alhamdulillah..kerja ini saya dapqat selesaikan dengan sempurna.


Tugasan yang seterusnya pula adalah membuat kalendar meja dengan menggunakan Adobe Photoshop. Sebelum ini, saya memang tahu tentang kewujudan Adobe ini, tetapi saya langsung tidak berminat untuk menggunakannya. Tetapi disebabkan tugasan ini, mahu tidak mahu saya terpaksa belajar untuk menyiapkan tugasan saya. Ternyata apabila sudah tahu mempelajari dan menggunakannya, saya berasa begitu teruja dan seronok pula dengan kerja-kerja kreatif ini.


Tugasan mencabar seterusnya pula adalah untuk membuat laman web individu. Saya pernah didedahkan dengan pengalaman membuat laman web ketika di semester dua untuk kursus Pembangunan Komputer dalam Sumber Manusia. Pada masa itu, saya merasai tekanan yang sangat hebat. Tetapi pada kali ini, saya hanya mengaplikasikan semula apa yang telah saya pelajari walaupun tidak begitu mahir. Benarlah kata orang, pendedahan dan penggunaan yang secara berulang-ulang akan memberi kemahiran kepada seseorang kerana harus diingat pada suatu dan ketika seseorang yang pakar adalah seorang yang tidak tahu apa-apa dan belajar juga.


Selepas tugasan tersebut, tugasan terakhir untuk individu adalah kami hendaklah mencari mana-mana tokoh dalm bidang bahasa untuk ditemuramah dan segala maklumat berkenaannya hendaklah dimasukkan ke dalam ruangan blogspot. Sekali tugasan sepeti ini amat menguji kesabaran dan diri saya.


Saya memilih Dr.Normaliza sebagai tokoh bahasa saya. Walauabagaimanapun, ketika saya inigin menemuramahnya, dia sangat sibuk dan saya juga baru sahaja selesai dengan pembentangan projek akhir tesis.
Tetapi saya mendapat maklumat mengenai beliau ketika saya pernah duduk bersama dan mendengar apa yang dibualkan. Alhamdulillah…kerja saya tetap selesai walaupun di dalam keadaan penat dan penuh dengan ujian dan tekanan.


Secara jujur dan peribadinya, walaupun kelas ini sentiasa padat dengan tugasan-tugasan dan aktiviti-aktiviti, namun pada saya semua ini adalah cabaran yang perlu dilalui oleh setiap orang pelajar yang memilih untuk membuat Bacelor kerana tidak mudah untuk kita memperolehi segulung Bacelor tanpa kita berusaha keras dan melalui pelbagai cabaran.


Ramai orang beranggapan pensyarah yang tegas adalah pensyarah yang ditakuti, tetapi pada saya ketegasan itu bukanlah melambangkan ketakutan tetapi adalah sebuah pendirian yang perlu kita hormati. Dengan bercirikan ketegasan itu sebenarnya dapat memupuk seseorang untuk lebih berdisiplin dan membuat kerja secara professional.


Cik Alia, misalnya adalah seorang yang sangat serius dan tegas di awal kelas tetapi itu tidak bermakna beliau tidak mempunyai sikap toleransi. Apa yang penting, pelajar-pelajar akan berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan setiap tugasan .


Sikap yang dipamerkan oleh Dr.Normaliza adalah wajar untuk dicontohi kerana kadang-kadang di sebalik ketegasan, beliau tetap seorang ibu yang prihatin dan penyayang terhadap kebajikan anak-anak. Beliau juga selalu member nasihat kepada pelajar-pelajarnya untuk menghormati guru-guru kerana keberkatan adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan.


Saya berharap apa yang telah saya pelajari sepanjang mengambil kursus Bahsa dalam Multimedia ini dapat saya aplikasikan smpai bila-bila. Kemahiran yag dipelajari kalau boleh biarlah berkekalan dan sekurang-kurangnya saya tidaklah tidak tahu langsung apa itu Adobe Photoshop, website, blog dan sebagainya.





LANGKAH DI PERSADA

Satu demi satu rahsia
Hadir menyentuh rasa
Dalam duka dan gembira
Melangkah teruskan jua

Disini..bermula
Genggam impian nyata
Di sini…saatnya
Mencapai bintang
Di angkasa…bercahaya

Berliku jalan di tempuhi
Lautan direnangi
Selagi upaya berdiri
Satukan impian suci

Di sini..bermula
Lautan direnangi
Selagi upaya berdiri
Satukan impian suci

Di sini..bermula
Sinar menusuk jiwa
Di sini..saatnya
Melangkah di persada..bahagia

Satu harapan dalam impian
Teguh di hati bukan khayalan
Berhias seribu kenangan
Menyulam kemesraan
Sinaran gemilang menanti
Hadir impian abadi

Mekar bersemi ikrar di hati
Tiada kilauan mengunci diri
Selagi bersinar mentari
Tiada gentar diuji
Sinaran gemilang menanti
Hadir impian abadi





Dr. Normaliza, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan selama ini. Sepanjang saya menjadi pelajar Dr, saya merasakan Dr adalah seorang pensayarah yang sangat prihatin terhadap pelajar-pelajar dan tidak memiarkan pelajar-pelajar dalam keadaan terkapai-kapai dan ada yang tidak mengenal pensyarah sendiri.


Segala tugasan dan aktiviti yang diberikan membuatkan saya merasakan adanya sesuatu yang dapat saya perolehi sepanjang sesi pengajian, daripada seorang yang kosong dan tidak tahu apa-apa, setidak-tidaknya sedikit sebanyak ada ilmu yang saya perolehi untuk saya berkongsi bersama rakan-rakan yang tidak berpeluang untuk menyambung pengajian seperti saya.


Saya juga berharap agar sepanjang pengajian saya bersama Dr selama ini mendapat restu dan keberkatan daripada Dr sepenuhnya untuk saya mengharungi alam pekerjaan kelak. Saya memohon maaf seandainya sepanjang saya bergelar pelajar dan anak didikan Dr, saya ada membuat kesilapan dan menyinggung perasaan Dr. seseungguhnya saya adalah manusia yang lemah, biasa dan tidak terlepas dari membuat kekhilafan.


Saya berharap hubungan saya sebagai anak didik kepada Dr tidak akan terhenti sehingga penghujung semester ini sahaja tetapi akan berkekalan sampai bila-bila. Dr, segala jasamu, amat saya hargai dan akan saya sematkan di sudut lipatan hati selama-lamanya.


Terima kasih seharum kasturi…..








SENI LAKON DAN TEATER MUZIKAL KANAK-KANAK











Selain beliau merupakan pensyarah saya untuk kursus Bahasa dalam Multimedia, beliau juga merupakan pensyarah untuk kursus Seni Lakon.








untuk kursus Seni Lakon, beliau banyak mendedahkan kami kepada realiti dunia lakonan yang mana lakonan bukanlah tempat untuk mengejar populariti, sebaliknya adalah pentas untuk menyampaikan wacana atau mesej kepada masyarakat.








dalam kursus tersebut, kami berpeluang untuk menonjolkan bakat masing-masing dan mempelajari teknik-teknik pernafasan dan vokal untuk persembahan teater.








pada 2.April.2009 yang lepas, dengan jayanya telah berlangsung Teater Muzikal Kanak-kanak Bawang Kecil Bawang Besar yang mana skrip tersebut dihasilkan oleh saya dengan tunjuk ajar beliau dan pementasan teater tersebut diadakan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) di hadapan kira-kira 1000 orang pelajar.








ternyata berkat dan hasil tunjur beliau tidak sia-sia, apabila teater tersebut berjaya menarik minat kanak-kanak sekolah dan seterusnya mendapat pujian daripada pengetua sekolah itu sendiri serta penonton-penonton luar yang hadir.








Terima kasih Dr. Berkat tunjuk ajar dan bimbingan Dr. akan saya kenang sampai bila-bila pun.

HOBI DAN KEGEMARAN


Beliau sangat gemar untuk shopping..shopping dan shopping!!

Dan yang paling disukai ketika shopping adalah memiliki koleksi dan variasi pelbagai jenis kasut.


Beliau juga gemar membaca. melangkah masuk ke ofis beliau di Jabatan Bahasa Melayu bak melangkah masuk ke perpustakaan mini. Rak-rak tersusun dengan pelbagai jenis buku membuatkan mata saya terpaku seketika dan sudah pastinya buku rangkaian siri Chicken Soup for the Soul yang menjadi kegemaran saya juga ada di situ.


INSPIRASI

Pada pandangan saya beliau ibarat seorang ibu yang tegas dan penyayang kepada anak-anaknya, dan secara peribadi dan jujurnya saya sangat mengagumi beliau dalam pendekatan ketegasan yang digunakan ketika sesi pembelajaran kerana melalui pendekatan tersebut melatih pelajar-pelajar beliau lebih berusaha dan berdisiplin.

Beliau sendiri menyatakan yang kejayaan beliau pada hari ini adalah lahir daripada sumber inspirasi beliau iaitu Zohaidee Bardaei, Bekas Naib Canselor Universiti Putra Malaysia yang pada suatu ketika masa adalah penyampai segulung diploma kepada saya ketika majlis konvokesyen yang berlangsung di UPM pada tahun 2005.

KARYA DAN PENULISAN YANG DIHASILKAN

antara hasil penulisan beliau:
Modul Ketrampilan Graduan Finishing School. Versi 2 Pusat Kokurikulum UPM. 2008
Modul Ketrampilan Graduan Starting School. Pusat Kokurikulum UPM. 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah ,Adakah Kata-kata Pujian Itu Penting, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah Bahasa dalam Pendidikan Kanak-kanak, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah Belajar Melalui Pengalaman, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah Bermain Menyanyi Bercerita dan Berlakon, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah Bimbingan Berbahasa, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah Cerita Binatang Merangsang Minda Kanak-kanak, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah Imaginasi Dalam Pembentukan Realiti, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah Kesusasteraan Realistik Kanak-kanak, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah Menangani Masalah Anak-2008
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah Minat Membaca Melalui Terapi Bercerita-2008
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah Membaca dan Bercerita untuk Kanak-Kanak, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah Mengenali Kanak-kanak Autisme, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah Pembentukan Moral dalam Cerita Kanak-kanak, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah Bercerita Melalui Permainan Oleh Kanak, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah Kanak-Kanak Membuat Kerjarumah, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka: Prasekolah Pemupukan Penggunaan Bahasa Yang Betul dalam Kalangan Kanak-kanak, 2008

PERKHIDMATAN PROFESIONAL

Diantara perkhidmatan profesional yang beliau lakukan:

- Undergraduate dissertation

- Special Educational Needs

- Pre- School Education

- Primary Education - Literacy and Numeracy

- Human Communication

- Motivation

BENGKEL DAN SEMINAR

Di antara bengkel seminar beliau:

Professional Proof Reader (London, UK)-2001

Public Relation - Customer Service (Nottingham, UK)-2001

Human Communication - (Nottinghamshire, UK)-2001

Human Communication 2 - (Nottinghamshire, UK)-2002

Human Communication 3 - (Nottinghamshire, UK)-2003

information Communication Technology - (Nottingham, UK)- 2001

Information Communication Technology 2 - (Nottingham, UK) - 2002

Counselling (Nottingham, UK)-2001

Counselling for School Children (Nottingham, UK)-2002

Counselling for Adults (Nottingham, UK)-2002

Team building (Nottinghamshire, UK)-2002

Self-Esteem (Nottingham, UK)-2002

Assertiveness (Nottingham, UK)-2002

Motivation in Learning (Nottinghamshire, UK)-2002

Motivation in Everyday Lives (Nottingham, UK)-2002

Child Development (Nottingham, UK)-2002

Certificate in Information Technology(IT) ‘CLAIT’-2002(Oxford Cambridge)

Certificate in Information Technology(IT)-2002(London)

Progression in Phonics (Nottingham, UK)-2002

Teaching Mathematics in Key Stage 1(Nottingham, UK)-2003

Special Educational Needs Children (Nottingham, UK)-2003

Autism - Key Stage 1 and 2 (Nottingham, UK)-2004

How to Handle Dyslexic Children (Nottingham, UK) -2004

Teaching Autistic and Dyslexic Children-(Nottingham, UK)-2004

Teaching Teacher Assistants (Nottingham, UK)-2004

Inclusion Conference (Nottingham, UK)-2004

ICT support pupils with Dyslexia (Nottingham, UK)-2005

Moving on to Clicker 4 (Nottingham, UK)-2005

‘Clicker 4’ for Teaching English (Nottingham, UK)-2005

PENULISAN DAN JURNAL YANG DIHASILKAN

Dr. Normaliza adalah nama yang besar di dalam bidang akademik..beliau telah menghasilkan banyak jurnal..

Diantaranya adalah:

Journal yang dihasilkan beliau
Journal beliau tahun 2006

1. Normaliza Abd Rahim and Nik Ismail Harun
(2006) First We Imagine Then We Collaborate: An
Insight With Autistic Children. Jurnal Gading. Vol. 10:
2006.

2. Zaitul Azma Zainon Hamzah and Normaliza
Abd Rahim (2006). “Speech Amongst Malay
Children: An Insight of Living and Maturity”. Journal
of Pan-Pacific Association of Applied Linguistics. Vol.
10: No. 2.

3. Normaliza Abd Rahim and Zaitul Azma Zainon Hamzah (2006) To Collaborate and Not to Collaborate: An Imaginative Learning Approach. Journal of Pan-Pacific Association of Applied Linguistics. Vol. 10: No 2.

tahun 2007

4. Normaliza Abd Rahim, Zaitul Azma Zainon
Hamzah, Normahdiah Sheik Said, Norizan Che Su
(2007) An Imaginative Learning Approach to Using
the Computer: An Insight with the Special Needs
Children. The International Journal of Learning.Vol:
14 No 3. pp 1-8

5. Normaliza Abd Rahim and Zaitul Azma
Zainon Hamzah (2007) Interaction Pattern Amongst
Asperger Children. UK-Cognitive Linguistics
Association. Vol: 7 No 1.

6. Zaitul Azma Zainon Hamzah and Normaliza Abd Rahim (2007) Interruptions in

7. Normaliza Abd Rahim and Nik Ismail
Harun (2007) The Learning Styles of the Special
Needs Children Using Pictures and Storyboard
Writing: A Case Study. Jurnal Gading. Vol 11: 2007.

8. Normahdiah Sheik Said, Zaitul Azma Zainon
Hamzah, Normaliza Abd Rahim dan Norizan Che
Su (2007) Komuniti Maya? Antara Maya dan Realiti.
Kesinambungan dan Pemantapan Bahasa di Asia
Tenggara. Antologi Makalah Persidangan Linguistik
Asean IV. Pp. 448-452.

9. Zaitul Azma Zainon Hamzah, Normaliza
Abd Rahim, Normahdiah S. Said and Norizan Che
Su (2007) The Inclusion of Semantic and Pragmatic
Approach in the Teaching and Learning of the Malay
Language: Semantic and Pragmatic. The
International Journal of Learning. Vol 14: No 3. pp
115-126

Tahun 2008

10. Arbaie Sujud, Normaliza Abd Rahim, Ibrahim Salleh, Zaitul Azma Zainon Hamzah and Norlida Alias. (2008). We can Design too: An Insight with a Group of Students at Universiti Putra Malaysia. Journal of the World Universities Forum, Volume 1, Issue 3, pp.81-88.

11. Normaliza Abd Rahim, Siti Nur Aliaa Roslan, Aiman Mustaqim Roslan, Arbaie Sujud and Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2008) Conversational Styles and Gender: Analyzing Informal Conversation Amongst Students and Lecturers at Universiti Putra Malaysia. Journal of the World Universities Forum, Volume 1, Issue 3, pp.9-18.

12. Normaliza Abd Rahim, Ibrahim Salleh, Arbaie Sujud
and Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2008) Breaking the Silence:
ICT and the Elderly in Malaysia. Journal of the World
Universities Forum, Volume 1, Issue 2, pp.125-128.

13. Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Normaliza Abd Rahim (2008). Penggunaan Gambar dalam Pembelajaran Bahasa. Cendekia: Kumpulan Esei Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Pp 91-103.

14. Normaliza Abd Rahim dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2008) Kiasan Melayu Sebagai Khazanah Bangsa Melayu. Cendekia: Kumpulan Esei Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Pp120-131.

KEPAKARAN DAN KECENDERUNGAN DALAM BIDANG..


Beliau mempunyai kepakaran di dalam beberapa bidang..di antaranya adalah:


Instructional Design


ICT


Sociolinguistics


Human Communication


TESL (Rekabentuk Pengajaran, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sosiolinguistik, Komunikasi Kemanusiaan, Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua)

HASIL KAJIAN, PENEMUAN DAN PENYELIDIKAN

Pengkhususan Penyelidikan Beliau:
Instructional Design in LearningSociolinguistics

Dual Language (First and Second Language Learning)

Special Educational Needs

Information Communication Technology

Human Communication

Educational Technology

TESL

TEFL (Computer Assisted Language Learning, Autonomous Learning, Motivation in Learning and SLL, Learning Styles, Constructivism, Collaborative Learning,Task-Based Learning)

TOKOH BAHASA


BIODATA TOKOH

NAMA : DR.NORMALIZA BINTI ABDUL RAHIM
TARIKH LAHIR : 7.OKTOBER.1961
KERJAYA : PENSYARAH DI FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
KELULUSAN : Ph.D( Nottingham, UK)
M.ScB.Ed(TESL)Cert.in Education ( Malaya)
Cert.in ICT ( Cambridge)
Cert in IT (London)